Showing posts with label 59. Show all posts
Showing posts with label 59. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Dinar emas baik, tetapi perlu ambil masa

KUALA LUMPUR 10 Julai - Beberapa pakar ekonomi berpendapat penggunaan dinar emas dalam urus niaga merupakan cadangan yang baik tetapi ia memerlukan beberapa penyesuaian sebelum dapat dilaksanakan.

Penganalisis ekonomi, Dr. Haim Hilman berkata, sebagai permulaan, penggunaan dinar emas boleh dimulakan di antara syarikat dengan syarikat sebelum diperluaskan ke peringkat urus niaga harian.

"Jika dilakukan menggunakan pendekatan yang komprehensif, ia pasti boleh menggantikan sistem mata wang yang sedia ada," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Syeikh Yahaya Yusof kelmarin menyarankan agar negara Islam menggunakan dinar emas bagi melepaskan kebergantungan kepada mata wang dolar Amerika Syarikat dalam urus niaga.

Sementara itu, pensyarah ekonomi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Baharuddin pula berkata, walaupun dinar emas tidak terdedah dengan spekulasi, namun untuk melaksanakannya ia mengambil masa.

Katanya, ini disebabkan kaedah tersebut sudah lama tidak digunakan namun ia sangat sesuai bagi mereka yang ingin menjalankan urus niaga mengikut cara Islam.

"Selain mengelakkan inflasi, penggunaan dinar emas juga membantu pembeli mendapatkan barang dengan harga sebenar," katanya.

Sunday, July 10, 2011

Negara Islam disaran guna dinar emas sebagai mata wang tunggal

ALOR SETAR: Dunia Islam disaran menggunakan dinar emas bagi melepaskan kebergantungan kepada mata wang dolar Amerika Syarikat dalam urus niaga, kata Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Syeikh Yahaya Jusoh. 

Beliau berkata mata wang negara Islam boleh diselaraskan dengan dinar emas sebagai mata wang tunggal dalam urusan perdagangan dan aktiviti ekonomi di peringkat antarabangsa.
"Penggunaan dinar emas dapat membentuk identiti dan menjalin kerjasama antara negara Islam. Kita juga tidak perlu lagi menggunakan dolar Amerika," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dinar Darul Aman di Dewan Kolej Universiti Insaniah, di sini hari ini.


Syeikh Yahaya berkata beliau yakin dinar mempunyai potensi untuk dikembangkan dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi merealisasikan hasrat itu


dapatkan dinar GCP dari saya shaz 0134161125