Monday, March 14, 2011

Penyertaan Dealer Baru GCP Rangkaian shazgold Enterprise

Terima kasih di atas penyertaan Encik Mohd Noraszami Bin Mohd Puhat dan selamat datang shaz ucapkan beliau sebagai dealer GCP area johor,kota tinggi.Kepada warga2 johor boleh berhubung terus dengan beliau untuk mendapatkan produk emas daripada syarikat GCP.

Nama       :Mohd Noraszami Bin Mohd Puhat
Id            : ad1707
join date  :13 Mac 2011
lokasi       :johor bharu,kota tinggi 
No Tel     : 013-7331232

Wednesday, March 9, 2011

Pengalaman Dan Pengajaran Untuk Di renungi Bersama.

      Tanggal 8/3/2011,waktu petang,aku masih menunggu ketibaan pos laju yg di kirimkan kepadaku..Di dalam postage tersebut mempunyai sesuatu yg amat berharga.Hati ku serba x kena pada hari ni kerana menunggu postage tersebut.
Aku mula memeriksa nombor tracking yg di e-mailkan kepadaku.Aku lihat barang ku sudah sampai di pejabat pos tempat berdekatan tempat tinggal ku.tanggal 9/3/2011 aku ke pjbt pos lebih kurang jam 8 pagi untuk ambil brg ku itu,alangkah terkejutnya aku,brg ku itu mrk sudah hantar di pejabat.Aku bergegas pulang ke pjbat dan tanya si penerima brg aku itu.Dia pun tidak tahu.Setelah di cari x jumpa2.Aku mulai syaki brg ku sudah di curi.Tanpa berlengah lagi,aku mengambil alternatif pelbagai usaha untuk mencari brg tersebut dan mula membuat laporan polis.setelah semua usaha telah aku lakukan,aku berdoa kepada Allah dan doa ku di makbulkan .setelah 4 jam berusaha,barang telah di jumpai oleh rakan2 ku di tandas lelaki di pejabat.Tapi yg masih menghairankan aku,brg itu masih di dalam sampul berkenaan walaupun sudah terbuka.Dari penyiasatan yg polis lakukan,mrk telah mengenalpasti siapa individu yg mencuri brg aku itu.Aku mulai tahu.dan aku tahu juga individu tersebut.terkejut juga aku "Kawan makan kawan".Individu yg ku sangka kan baik selama ini,tikam aku dari belakang.Aku mulai sedar,kawan x semestinya baik pada kita tanpa ada tujuan..Bak kata P.Ramlee "baik ada makna tu".moga dengan kejadian sebegini,menyedarkan aku dan org ramai di luar sana yg membaca posting ini supaya ingatlah,berjaga2 dan berpada2 lah berkawan...sukar untuk mendapatkan kawan yg sejati...kawan sejati adalah kawan yg sentiasa bersama susah dan senang manakala kawan yg di kategorikan manusia bertopengkan syaitan sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan kita dan slow2 mengikis harta kekayaan kita dan ambil kesempatan untuk mendapatkan sesuatu yg bernilai dari kita dengan cara yg salah iaitu "MENCURI".Ingatlah sekali kita mencuri barang milik org lain ,org tidak akan mempercayai kita."baik di balas baik dan jahat di balas jahat".

Tuesday, March 1, 2011

DINAR PERAK DARUL RIDZUAN


IPOH: Kerajaan Negeri Perak pada Isnin melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak, khusus untuk simpanan dan pelaburan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, dinar dan dirham itu mempunyai kandungan 99.9 peratus emas dan perak iaitu bersamaan emas 24 karat.
Beliau berkata, dinar dan dirham berkenaan lebih berkualiti jika dibandingkan dengan produk pertama yang dihasilkan tokoh ilmuwan Islam Abdul Malik ibn Marwan pada tahun 75 hijrah iaitu 1,357 tahun lalu yang mengandungi 97 peratus kandungan bahan.
"Tetapi ini (dinar dan dirham) bukanlah berbentuk mata wang tetapi sebagai instrumen baru sebagai simpanan dan pelaburan," katanya kepada pemberita selepasmajlis perasmian Dinar Emas dan Dirham Perak di sini, Isnin.
Dr Zambry berkata, pengeluaran dinar dan dirham berkenaan yang telah dibincangkan sejak tahun 2005, dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd (Goldnet), sebuah syarikat usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Katanya, sebagai permulaan sebanyak 1,000 keping dinar emas dan dirham perak telah dicetak dan akan dipasarkan melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dan Nusantara Bullion Exchange (Nubex Sdn Bhd).
Ia membabitkan empat jenis instrumen iaitu setengah dinar emas seberat 2.125 gram dengan harga RM345, satu dinar emas seberat 4.25 gram pada harga RM690 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram pada harga RM1,380 manakala set dirham perak dijual pada harga RM260.
Pada muka hadapan instrumen itu dicetak dengan lambang kerajaan negeri Perak manakala di bahagian belakang pula terdapat cetakan yang serupa dengan mata wang yang dihasilkan pada zaman Khalifah Abdul Malik ibn Marwan.