Monday, January 30, 2012

Hati2 Menyimpan Silver

Pegawai rugi RM50,000, 45 jongkong perak dicuri

PUTRAJAYA 25 Jan. - Seorang pegawai kerajaan kerugian lebih RM50,000 selepas rumahnya di Presint 8 di sini dipecah masuk penjenayah yang melarikan 45 jongkong perak miliknya yang disimpan dalam sebuah peti besi.
Mangsa berusia 34 tahun yang enggan dikenali memberitahu, ketika kejadian, dia bersama isteri dan dua anaknya tiada di rumah kerana bercuti ke Pulau Langkawi bermula 18 Januari lalu sehingga semalam.
Katanya, ketika pulang ke rumah tengah hari semalam, dia menyedari kediamannya itu telah dipecah masuk dan dalam keadaan berselerak.
"Saya kemudian memeriksa bilik dan mendapati peti besi yang menyimpan 45 jongkong perak itu telah hilang.
"Sebanyak 42 daripada jongkong itu masing-masing seberat 250 gram manakala tiga lagi seberat satu kilogram setiap satu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Mangsa memberitahu, dia membeli jongkong perak tersebut dari sebuah syarikat sejak Ogos lalu untuk pelaburan masa depan.
"Selain jongkong perak, saya turut membeli jongkong emas. Bagaimanapun jongkong emas tersebut disimpan di dalam bank.
"Jongkong perak murah dibeli namun nilainya tinggi jika dijual, harga pasaran bagi sekilogram perak ialah RM3,600," katanya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan polis mendapati terdapat kesan umpil di pintu rumah mangsa.

Tuesday, August 23, 2011

Harga emas terus tinggi

Melonjak ke paras RM180 segram


HARGA emas terus melonjak ke paras tertingginya dalam sejarah iaitu pada AS$1,888.90 seaun atau kira-kira RM180 segram semalam berikutan kebimbangan berterusan kemungkinan ekonomi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kemelesetan 
berganda, di samping krisis hutang di Eropah yang semakin meruncing. 

Keadaan pasaran yang tidak menentu ketika ini menggalakkan pelabur memilih untuk melabur dalam logam berharga itu kerana ia antara pelaburan lindung nilai yang terbaik ketika krisis ekonomi. Ketua Penyelidik Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata pihaknya menjangkakan harga emas bakal mencecah paras AS$1,900 seaun dalam tempoh terdekat berikutan kelemahan dolar AS secara berterusan dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi sekali lagi di AS.

Beliau berkata, pihaknya juga melihat harga emas mempunyai potensi untuk mencecah paras AS$2,000 seaun menjelang akhir tahun ini berikutan permintaan tinggi terhadap logam berharga itu kerana pelabur lebih gemar melabur dalam emas ketika ketidaktentuan pasaran dunia. 

“Penurunan penarafan hutang AS menggalakkan pemegang bon AS menjual pegangan masing-masing dan membeli emas. Kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi baru di AS serta kelemahan dolar juga mendorong harga emas untuk melonjak ke paras tertinggi,” katanya kepada Berita Harian semalam. 

Kebanyakan penganalisis pasaran sebelum ini menjangkakan permintaan bagi emas akan terus meningkat pada masa depan terutama dari China dan India didorong peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu. 
Mereka melihat keadaan tidak menentu di AS dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing. 

“Prospek ekonomi AS yang malap berserta data ekonomi yang lemah ditambah krisis hutang Eropah yang semakin meruncing telah mendorong harga emas terus melonjak lebih daripada sukuan sejak Julai lalu,” jelas seorang penganalisis pasaran. 

“Kami tidak melihat sebarang faktor positif yang dapat menyokong ekonomi AS dalam tempoh beberapa bulan ini,” tambahnya. 

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Wednesday, August 3, 2011

Antara Sebab Perlu Menyimpan Emas

Assalammualaikum Pembaca sekalian...Di sini saya perlihatkan kepada anda semua tentang pentingnya menyimpan dan meningkatkan simpanan emas kita sekarang...Moga dapat pencerahan daripada ini...

Amaran 1 : Israel,sebuah negara haram yang menguasai dunia hari ini(bukannya Amerika Syarikat),telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas.Dengan ini,x lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal di gunakan dan tiada lagi wang kertas.

Amaran 2 : Sudah 80 tahun kerajaan US menghentikan penggunaan emas dan perak sebagai matawangdan sudah 40 tahun US memutuskan standart emas dgn dollar US dan kini mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai urusniaga seharian.semuanya bermula di UTAH pada bulan mac lalu !!!

Amaran 3 : kebanyakan bank-bank yg dulunya menggalakkan org ramai agar memajak emas di Arrahnu milik mereka kini TIDAK lagi menerima emas jenis jongkong dan Dinar bagi tujuan tersebut.Bank-bank kini hanya menerima barang kemas sahaja. KERANA APA? mereka tahu kini semakin ramai yang sedar akan hal ini..Bank hanya mahukan wang kita untuk di manipulasikan,bukannya emas kita.Apabila kita menggunakan bank untuk memanipulasikan wang mereka dgn emas yg kita pajakkan,mereka sebenarnya sudah KETAKUTAN.

Amaran 4 : Abu Bakar Ibnu Maryam melaporkan,bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata :  
Akan tiba pada suatu zaman..tiada apa yg bernilai...dan boleh di gunakan oleh umat manusia .Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan.(hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal)

Amaran 5 : Filem 2012,yg telah di tayangkan di seluruh dunia di canagkan oleh pihak barat bahawa dunia bakal kiamat.Apakah benar?Tetapi,apakah kiamat yang di maksudkan adalah sama di dalamfilem 2012? YA..memang samakerana dunia belum musnah,akan tetapi menhancurkan sebahagian daripada dunia ini.Tetapi,di percayai bukan kemusnahan fizikal yg akan berlaku,.Akan tetapi,kemusnahan yang di maksudkan ialah kehancuran ekonomi dunia sepertiyang di gambarkan oleh presiden US,Barrack Obama yang menganggap dunia bakal menghadapi kehancuran ekonomi jika beliau dan republikan tidak dapat menyelesaikan hutang negara itu yg semakin meruncing dan bakal di tentukan pada 2 ogos 2011.

Amaran 6 : Tahun 2012 juga di gambarkan oleh profesor dari University Harvard,Jeffrey Frankel sebagai tahun berlakunya krisis ekonomi  global.halini berlaku,berdasarkan kitaran krisis ekonomi yang terjadi setiap 15tahun sekali.Jika kita ambil krisis kewangan yang berlaku sebelum ini,iaitu pada tahun 1997/1998 dan 15 tahun sebelum itu,iaitu pada tahun 1982,juga berlakunya krisis kewangan !!! ini tidak mustahil,kerana telah terjadi secara keci2 sekarang...

Di atas adalah faktor2 kita perlu segera menyimpan dan meningkatkan simpanan emas kita agar dapat kita bersedia selagi masih belum terlambat..kepada sesiapa yg belum memulakan simpanan ,mulakan dengan menyimpan 1 gram emas setiap bulan ataupun 1 dinar setiap bulan...tukarkan simpanan wang kertas anda setiap bulan RM 200 ke dalam bank kepada 1 gram emas..jgn simpan wang kertas di dalam bank kerana apabila sesuatu terjadi di luar jangkaan,wang kita x boleh di keluarkan suatu masa nanti..

Wang kertas adalah ciptaan yahudi MANAKALA Emas dan Perak adalah matawang sunnah yg di anjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w..

pilihan di tangan kita,dan jgn kita di permainkan oleh yahudi lagi..bertindaklah..masa semakin suntuk...





Tuesday, July 19, 2011

Emas lepasi paras AS$1,600 seauns

pix_gal0
Pelabur alih tumpuan berikutan bimbang krisis hutang di Eropah, AS berlarutan 

HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Harga komoditi itu terus mengukuh dalam sesi dagangan pagi semalam dengan melonjak ke paras AS$1,600.10 seauns di Pasaran Jongkong London selepas menyaksikan arah aliran meningkat sejak Jumaat.

Ketua Penyelidik di Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata ketidaktentuan terhadap penyelesaian masalah hutang di Eropah serta AS menyebabkan pelabur mengalih tumpuan terhadap emas kerana logam berharga itu dianggap sebagai pelaburan paling selamat ketika krisis. 

Beliau berkata, harga emas dijangka meneruskan arah aliran menaik dengan potensi untuk mencecah AS$1,650 seauns dalam jangka sederhana dan AS$2,000 seauns dalam tempoh dua tahun. 

“Kelemahan dolar AS dan euro berikutan kebimbangan masalah hutang yang semakin meruncing di negara ekonomi terbesar dunia dan rantau mata wang tunggal itu menyebabkan pelabur memilih untuk melabur dalam emas, sekali gus melonjakkan harganya,” katanya kepada Berita Harian semalam. 

Beliau berkata, pelabur semakin bimbang dengan perkembangan terkini di AS selepas Presiden Barack Obama dan Parti Republikan terpaksa bekerja keras pada hujung minggu lalu bagi mencapai persetujuan menaikkan paras siling hutang negara itu. 
Nazri berkata, kebimbangan pelabur kemungkinan krisis hutang di Eropah akan merebak ke Itali dan Sepanyol telah menyebabkan mata wang euro didagangkan lemah dan keadaan itu mendorong peningkatan permintaan untuk emas.

Kelmarin, Senat parti campuran bercadang membuktikan paras hutang AS dapat dikurangkan jika ia memperoleh hasil sebanyak AS$1.5 trilion hasil potongan perbelanjaan untuk tempoh sedekad. 

Jika kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan menjelang tarikh akhir pada 2 Ogos ini, ekonomi terbesar dunia itu mungkin berdepan isu kegagalan membayar hutangnya. 

Ia adalah senario yang digambarkan Obama sebagai ‘kehancuran ekonomi’, sekali gus akan memberi kesan ketara pada peringkat global. 

Krisis zon Euro juga terus berlanjutan berikutan penggubal dasar masih gagal memperoleh pelan penyelamat kedua untuk Greece. 

Kenyataan terkini Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Jean-Claude Trichet bahawa ECB tidak dapat menerima kegagalan penebusan semula bon sebagai cagaran telah membimbangkan pelabur. 

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan harga emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, susulan permintaan kukuh pengguna dan pelabur. 

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.