Saturday, February 19, 2011

Kebenaran Berniaga Emas Oleh BNM


Tuan,

Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai
perkara di atas.

Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas
bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank).  Sehubungan
dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas
diperlukan daripada Bank. Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati
pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan
berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur.
Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan
mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi
pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga
boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank
dan Institusi Kewangan (ABIK).  Aktiviti pelaburan seperti yang disebut
di atas adalah menyalahi undang-undang.  Sekiranya tuan melabur di sini,
sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri.  Kami mengesyorkan agar
tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.
Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi
kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk
senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman
web kami seperti di pautan berikut:

Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam
laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank
untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.

Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara
haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada
aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau
aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:

Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my    

Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan
isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila
layari


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful,
sila layari

Terima kasih.

Fadhilah bt Zainal Abidin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
*Sumber Pengarah Urusan GCP 

Friday, February 4, 2011

Selamat Datang Dealer Baru GCP rangkaian shaz

Terima kasih dan selamat datang kepada Encik Lukman Bin Samsudin kerana mendaftar sebagai dealer GCP dan penyertaan anda amat di alu-alukan oleh warga GCP under shaz.Semoga dengan penyertaan anda ini,dapat kita sama2 merealisasikan misi dan visi syarikat serta meningkatkan taraf ekonomi kita semua.

Nama     : Lukman Bin Samsudin
id           : ad1469
join date : 02 Februari 2011
Asal      : Kelantan/kota kinabalu
Lokasi    : kelantan ,kota kinabalu
No Tel  : 0169216576

Thursday, February 3, 2011

Produk Terbaru GCP 10gram dan 20gram goldbar


Produk ini baru saja di hasilkan oleh syarikat GCP bagi peminat dan pengumpul goldbar sebagai koleksi peribadi untuk simpanan jangka masa panjang.Goldbar ini di hasilkan dengan berat 10gram dan 20gram,berketulenan 999.Goldbar ini di hasilkan dengan penuh teliti hasil pembuatannya dan menampakkan kecantikkan tempaannya boleh memukau sesiapa saja yang memandangnya.jadi dengan itu,mari dapatkannya untuk simpanan bagi mengekang inflasi dan sesuai juga untuk hadiah pada yang tersayang.
call me : 013-4161125 untuk tempahan.
Deposit 10% dan pembayaran penuh di lakukan dalam masa 24jam selepas booking.
dalam tempoh 5 hari bekerja mengikut stok yang ada.

Monday, January 10, 2011

Goldcrest Pavilion Sdn Bhd


PENGENALAN & KELEBIHAN GCP

PENGENALAN

Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP)adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009.GCP menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, membeli emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya.

PRODUK UTAMA

Bagi menggalakkan masyarakat menyimpan emas tulin, GCP telah mengeluarkan Rantai Tangan emas 999 sebagai produk utama.

Selain itu GCP telah mengeluarkan dinar sendiri iaitu DINAR GCP yang berketulinan 999.9 mengikut piawaian matawang dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W.

GCP juga merupakan pengedar sah jongkong emas PAMP SUISSE keluaran PAMP S.A Switzerland.VISISimpanan emas menjamin masa depan MISIMeningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas

MATLAMAT

Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik.Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi.Memberi peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas .

SYARAT DAN KEISTIMEWAAN PENGEDAR SAH GCP

1)Satu salinan kad pengenalan
2)Dua keping gambar ukuran passport
3)Salinan bil elektrik/air/telefon kediaman terkini.
4)Yuran Keahlian/Pendaftaran:

RM1000.00 Seumur Hidup.(Merangkumi perkhidmatan GCP kepada pengedar untuk seumur hidup

FAEDAH MENJADI PENGEDAR

1)Membeli emas dengan harga rendah.

Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga Pengedar (DP)
Contoh : HARGA RANTAI TANGAN 999
Harga Pengedar (DP) : RM132.00/g
Harga Pelanggan (CP): RM142.56/g ( tambah 8% daripada harga Pengedar)

HARGA DINAR GCP 999.9
Harga Pengedar (DP) : RM600.00
Harga Pelanggan (CP): RM625.00 ( tambah RM25.00 daripada harga Pengedar)

HARGA JONGKONG EMAS PAMP SUISSE 100g
Harga Pengedar (DP) : RM12,480
Harga Pelanggan (CP): RM13,478 ( tambah 5% daripada harga Pengedar)

2)Modal disediakan dalam bentuk stok emas.

GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar di mana pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar tanpa sebarang kos penghantaran.

3)Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.

GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar pamp suisse dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (DP) semasa.

Contoh:-
Belian semula daripada pelanggan(CP): RM142.56 – 15% = RM121.17
Belian Semula daripada Pengedar(DP): RM132.00 – 5% = RM125.40

Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.

4)Modal tunai untuk membeli emas terpakai.

Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.

5)Perkhidmatan penghantaran (percuma).

GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pengedar. Cara serahan dengan tangan atau melalui Pos Laju. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP.

6)Perkhidmatan selepas jualan.

GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
-Mencuci emas (percuma)
-Mencelup emas (kos minima)
-Menilai harga emas terpakai (percuma)
-Teknik membuat keuntungan dengan emas menggunakan arrahnu (percuma)

7)Kursus Usahawan Emas (percuma)

Pada setiap hari sabtu, GCP mengadakan kursus kepada Para pengedar GCP bertempat di pejabat GCP bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 t.hari. Modul Kursus;
-Teknik pemasaran
-Membeli emas terpakai

8)Insentif Pengedar (dealer get dealer)

Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
-Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
-Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)

Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00

Contoh insentif pembelian:Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.

Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.

Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.

Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00

PENUTUP

Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda; akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak.

Diharapkan usaha GCP untuk merealisasikan visi,misi dan matlamatnya akan tercapai.

Disediakan oleh:
Shamsul Anuar Bin Md Ali,
Pengarah Urusan,
Goldcrest Pavilion Sdn Bhd
http://www.gcp.com.my/
Admin@gcp.com.my .

BAGAIMANA NAK MENDAFTAR SEBAGAI DEALER SAH GCP

1. Masuk web site rasmi GCP www.gcp.com.my
2. Klik Register pada bahagian atas sebelah kanan web
3. Masukkan ID refference sahaja (AD1309 ) selepas tu tekan butang semak
4. Nama saya sebagai reference akan tertera (MOHD  SHAHIRUL SHAFIQ BIN RAMLI)
5. Kemudian klik di sini sekiranya BETUL.
6. Selepas itu akan keluar kekotak KLIK di sini untuk teruskan Mendaftar.
7. Isi maklumat sebagaimana yang dikehendaki.
8. Setelah maklumat siap diisi tekan butang Sumit.
9. Bayaran perlu dimasukkan ke akaun GCP seperti berikut :
Akaun Maybank : 505103003954 (Goldcrest Pavilion Sdn Bhd)
Emel : sales@gcp.com.my
Masukkan RM1000
10. Selepas bank in, sila emel bukti bayaran ke sales@gcp.com.my.
11. No ID dan password akan dihantar kepada anda melalui emel.

Rantai Tangan GCP,Dinar GCP dan Pamp Suisse 999 For Sale

1. RT GCP 999 (100g)


3. RT GCP 999 (30g)



4. RT GCP 999 (20g)



5. RT GCP 999 (10g)






1 Dinar GCP (Emas 999.9 -4.25g)



PAMP SUISSE 999 100GRAM


CALL ME FOR BOOKING AND BUY : 013-4161125