Wednesday, March 9, 2011

Pengalaman Dan Pengajaran Untuk Di renungi Bersama.

      Tanggal 8/3/2011,waktu petang,aku masih menunggu ketibaan pos laju yg di kirimkan kepadaku..Di dalam postage tersebut mempunyai sesuatu yg amat berharga.Hati ku serba x kena pada hari ni kerana menunggu postage tersebut.
Aku mula memeriksa nombor tracking yg di e-mailkan kepadaku.Aku lihat barang ku sudah sampai di pejabat pos tempat berdekatan tempat tinggal ku.tanggal 9/3/2011 aku ke pjbt pos lebih kurang jam 8 pagi untuk ambil brg ku itu,alangkah terkejutnya aku,brg ku itu mrk sudah hantar di pejabat.Aku bergegas pulang ke pjbat dan tanya si penerima brg aku itu.Dia pun tidak tahu.Setelah di cari x jumpa2.Aku mulai syaki brg ku sudah di curi.Tanpa berlengah lagi,aku mengambil alternatif pelbagai usaha untuk mencari brg tersebut dan mula membuat laporan polis.setelah semua usaha telah aku lakukan,aku berdoa kepada Allah dan doa ku di makbulkan .setelah 4 jam berusaha,barang telah di jumpai oleh rakan2 ku di tandas lelaki di pejabat.Tapi yg masih menghairankan aku,brg itu masih di dalam sampul berkenaan walaupun sudah terbuka.Dari penyiasatan yg polis lakukan,mrk telah mengenalpasti siapa individu yg mencuri brg aku itu.Aku mulai tahu.dan aku tahu juga individu tersebut.terkejut juga aku "Kawan makan kawan".Individu yg ku sangka kan baik selama ini,tikam aku dari belakang.Aku mulai sedar,kawan x semestinya baik pada kita tanpa ada tujuan..Bak kata P.Ramlee "baik ada makna tu".moga dengan kejadian sebegini,menyedarkan aku dan org ramai di luar sana yg membaca posting ini supaya ingatlah,berjaga2 dan berpada2 lah berkawan...sukar untuk mendapatkan kawan yg sejati...kawan sejati adalah kawan yg sentiasa bersama susah dan senang manakala kawan yg di kategorikan manusia bertopengkan syaitan sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan kita dan slow2 mengikis harta kekayaan kita dan ambil kesempatan untuk mendapatkan sesuatu yg bernilai dari kita dengan cara yg salah iaitu "MENCURI".Ingatlah sekali kita mencuri barang milik org lain ,org tidak akan mempercayai kita."baik di balas baik dan jahat di balas jahat".

Tuesday, March 1, 2011

DINAR PERAK DARUL RIDZUAN


IPOH: Kerajaan Negeri Perak pada Isnin melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak, khusus untuk simpanan dan pelaburan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, dinar dan dirham itu mempunyai kandungan 99.9 peratus emas dan perak iaitu bersamaan emas 24 karat.
Beliau berkata, dinar dan dirham berkenaan lebih berkualiti jika dibandingkan dengan produk pertama yang dihasilkan tokoh ilmuwan Islam Abdul Malik ibn Marwan pada tahun 75 hijrah iaitu 1,357 tahun lalu yang mengandungi 97 peratus kandungan bahan.
"Tetapi ini (dinar dan dirham) bukanlah berbentuk mata wang tetapi sebagai instrumen baru sebagai simpanan dan pelaburan," katanya kepada pemberita selepasmajlis perasmian Dinar Emas dan Dirham Perak di sini, Isnin.
Dr Zambry berkata, pengeluaran dinar dan dirham berkenaan yang telah dibincangkan sejak tahun 2005, dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd (Goldnet), sebuah syarikat usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Katanya, sebagai permulaan sebanyak 1,000 keping dinar emas dan dirham perak telah dicetak dan akan dipasarkan melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dan Nusantara Bullion Exchange (Nubex Sdn Bhd).
Ia membabitkan empat jenis instrumen iaitu setengah dinar emas seberat 2.125 gram dengan harga RM345, satu dinar emas seberat 4.25 gram pada harga RM690 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram pada harga RM1,380 manakala set dirham perak dijual pada harga RM260.
Pada muka hadapan instrumen itu dicetak dengan lambang kerajaan negeri Perak manakala di bahagian belakang pula terdapat cetakan yang serupa dengan mata wang yang dihasilkan pada zaman Khalifah Abdul Malik ibn Marwan.

Saturday, February 19, 2011

Kebenaran Berniaga Emas Oleh BNM


Tuan,

Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai
perkara di atas.

Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas
bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank).  Sehubungan
dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas
diperlukan daripada Bank. Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati
pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan
berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur.
Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan
mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi
pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga
boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank
dan Institusi Kewangan (ABIK).  Aktiviti pelaburan seperti yang disebut
di atas adalah menyalahi undang-undang.  Sekiranya tuan melabur di sini,
sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri.  Kami mengesyorkan agar
tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.
Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi
kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk
senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman
web kami seperti di pautan berikut:

Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam
laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank
untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.

Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara
haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada
aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau
aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:

Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my    

Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan
isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila
layari


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful,
sila layari

Terima kasih.

Fadhilah bt Zainal Abidin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
*Sumber Pengarah Urusan GCP 

Friday, February 4, 2011

Selamat Datang Dealer Baru GCP rangkaian shaz

Terima kasih dan selamat datang kepada Encik Lukman Bin Samsudin kerana mendaftar sebagai dealer GCP dan penyertaan anda amat di alu-alukan oleh warga GCP under shaz.Semoga dengan penyertaan anda ini,dapat kita sama2 merealisasikan misi dan visi syarikat serta meningkatkan taraf ekonomi kita semua.

Nama     : Lukman Bin Samsudin
id           : ad1469
join date : 02 Februari 2011
Asal      : Kelantan/kota kinabalu
Lokasi    : kelantan ,kota kinabalu
No Tel  : 0169216576

Thursday, February 3, 2011

Produk Terbaru GCP 10gram dan 20gram goldbar


Produk ini baru saja di hasilkan oleh syarikat GCP bagi peminat dan pengumpul goldbar sebagai koleksi peribadi untuk simpanan jangka masa panjang.Goldbar ini di hasilkan dengan berat 10gram dan 20gram,berketulenan 999.Goldbar ini di hasilkan dengan penuh teliti hasil pembuatannya dan menampakkan kecantikkan tempaannya boleh memukau sesiapa saja yang memandangnya.jadi dengan itu,mari dapatkannya untuk simpanan bagi mengekang inflasi dan sesuai juga untuk hadiah pada yang tersayang.
call me : 013-4161125 untuk tempahan.
Deposit 10% dan pembayaran penuh di lakukan dalam masa 24jam selepas booking.
dalam tempoh 5 hari bekerja mengikut stok yang ada.