Hadith Nabi Muhammad S.A.W:> Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :, Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)
Monday, May 31, 2010
Koleksi 50gram,20gram Bar,1 Dinar-Public Gold
Emas 20gram Bar dan 1 Dinar aku beli di tawau dari Hafi,bulan 7,tahun 2009...Emas 50gram Bar pula aku baru beli dari En shamsul tp ambil emas tu dari Mr Foo di centre plaza kepayan,kota kinabalu.(perantaraan)bulan 5,2010
Koleksi 1 gram Poh Kong
Emas nie aku beli di kompleks karamunsing.kota kinabalu,sabah...lama juga aku tunggu.nak dekat 2bulan aku tgu.kena booking dulu.tapi aku byr siap2 da..masa aku beli dulu ok la harganya berbanding sekarang.
emas ke-2, 1 gram poh kong telah di miliki dari ujang ns.
Emas ke-3,aku perolehi dari saudara Ain yang membuat promosi bunga raya ni.koleksi bunga raya ni baru je ada 3 keping.slow2 kumpul ckit2 bunga raya ni.semalam pula kedai emas poh kong menelefon ku,berapa keping lagi nak ambil.ssshhh rahsia.
koleksi 1 Dirham
Koleksi Dirham ni aku beli dari Bro Omar..beli 5 keping dirham..syukur alhmdulilah,sekarang ni 1 dirham dah untung 2 ringgit
Hari ini dapat juga menambah koleksi dirham ni lagi 4 keping dgn harga yang cukup murah.Aku beli dirham ni dari syed(silverray) sempena diskaun 5% bagi setiap silver yang di beli darinya.
Friday, May 28, 2010
MEI-BULAN KENAIKAN HARGA EMAS
|
MEI-BULAN KENAIKAN HARGA EMAS
Thursday, May 27, 2010
Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia (KFH Gold Account-i)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bertenaga semuanya
Saya kat sini Alhamdulillah..sihat dan ceria sahaja.
Sekarang saya agak sibuk menulis buku mengenai pelaburan emas.
Saya berharap buku ini akan menjadi panduan yang lebih lengkap dan mantap bagi mereka yang ingin mengetahui rahsia membuat pelaburan emas dan rahsia berniaga emas. InsyaAllah
Baiklah, untuk posting kali ini saya akan berkongsi tentang akaun simpanan emas Kuwait Finance House Gold Account (KFH Gold Account-i) serta pengalaman saya membuka akaun simpanan ini.
Pengenalan kepada Kuwait Finance House.
Kuwait Finance House cawangan KL – Etiqa Twins
Untuk pengetahuan anda Kuwait Finance House Malaysia (KFH) adalah bank yang menawarkan perbankan Islam. KFH menawarkan produk-produk perbankan yang berlandaskan syariah.
Antaranya ialah akaun simpanan emas-i, akaun simpanan-i, akaun simpanan sementara-i, akaun pelaburan-i, pinjaman perumahan-i, pinjaman kereta-i dan pinjaman peribadi-i.
Anda boleh check kat sini untuk melihat produk-produk mereka:
http://www.kfhonline.com.my/kfhmb/ep/home.do?tabId=1
Pengenalan kepada KFH Gold Account-i.
Akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh KFH dinamakan Kuwait Finance House Gold Account (singkatan – KFH Gold Account-i).
KFH Gold Account-i menawarkan emas fizikal kepada pelabur.
Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i boleh mengambil emas fizikal on the spot ataupun boleh menyerahkan semula emas fizikal tersebut kepada pihak bank untuk disimpan. Tiada cas simpanan dikenakan.
Jadi, dengan adanya KFH Gold Account-i maka kini terdapat 4 buah bank di Malaysia yang menawarkan peluang pelaburan emas iaitu:
1. Maybank (syiling Kijang Emas dan Gold Saving Passbook Account)
2. Public Bank (Gold Investment Account)
3. UOB Bank (menjual emas fizikal)
3. Kuwait Finance House (KFH Gold Account-i)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KFH Gold Account-i maka anda boleh membaca di website KFH disini (klik sini)
Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.
KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi - daripada Turki.
Gambar jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi
Jongkong emas ini memiliki ketulenan 995.0
Jadi ketulenan jongkong emas ini adalah lebih rendah berbanding jongkong-jongkong emas lain di Malaysia.
(p/s: Contohnya jongkong PAMP Suisse, Poh Kong Bunga Raya atau Public Gold memiliki ketulenan 999.9)
Jongkong Emas KFH Gold Account-i mempunyai ketulenan 995.0
Harga Emas KFH Gold Account-i
Harga emas harian KFH Gold Account-i boleh dilihat di dalam laman web KFH.
Alamatnya ialah: http://www.kfhonline.com.my/
Daripada harga emas tersebut didapati spread diantara harga belian dan jualan adalah RM5 segram.
Selain daripada melihat harga emas, KFH turut meletakkan jadual waktu sembahyang bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya
Hehehehe… selain asyik tengok harga emas, diorang nak suruh kita tengok waktu sembahyang jugak
Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i.
Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka akaun KFH Gold Account-i di KFH cawangan Kuala Lumpur di Etiqa Twins, Jalan Pinang, KL. Hehehe.. excited nak mencuba.
So saya nak share dengan anda semua pengalaman ini.
Kebetulan waktu saya sampai kesana, saya sorang ajer customernyer.. so terus dapat layanan dari Pegawai KFH.
Mula-mula kena apply untuk bukak akaun saving. Lepas tu baru apply akaun KFH Gold Investment-i
Bagi akaun individu, anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas.
Anda boleh ambil jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam akaun.
(contoh: kalau buka akaun dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)
Kalau nak tambah lagi pelaburan, anda perlu membeli minimum 5 gram.
Kalau nak jual emas tersebut, anda hanya perlu bawa emas atau statement akaun ke KFH dan jual emas tersebut mengikut harga belian semasa.
Semasa membuka akaun tersebut saya telah meminta untuk mendapat emas fizikal.
Jadi saya diberikan 8 gram jongkong emas (5 gram sekeping dan 1 gram x 3 keping)
Ini emas fizikal KFA Gold Account-i (5g x 1 pcs, 1g x 3 pcs)
Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.
Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH samada saya boleh buka sarung laminate emas ini untuk digadaikan ( in case nak rolling duit)
Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH diantaranya:
1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung plastik emas ini tidak boleh bengkok
Jika berlaku situasi diatas maka emas ini tidak akan diterima terus oleh KFH.
Pergh… agak malang kerana kita tidak boleh membuat teknik manipulasi emas (seperti teknik Ar-Rahnu untuk mendapat wang daripada emas fizikal).
Jadi, jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda cuma boleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika harga rendah dan menjual semula apabila harga emas naik.
Walaupun saya mendapat emas fizikal, namun tak berapa excited sebab tak boleh nak buka sarung tu.. so confirm tak boleh nak pergi ke Ar-Rahnu jika nak pakai cash
Cawangan-cawangan Kuwait Finance House Malaysia (KFH).
Jika anda berminat untuk membuka KFH Gold Account-i, maka anda boleh membuka akaun tersebut di semua cawangan KFH di seluruh Malaysia.
Buat masa ini KFH mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Penang, Kelang dan Kuching sahaja. (Klik sini)
So bagi mereka yang tinggal di negeri lain maka susah lah sikit.
Daripada kajian saya, maka saya boleh membuat rumusan berikut.
Kelebihan KFH Gold Account-i.
1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0)
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.
Kekurangan KFH Gold Account-i
1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya
mempunyai ketulenan 999.9 .
2. Spread RM5 (sederhana tinggi)
3. Cawangan yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
6. Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh
membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.
p.s Jika anda mahu menggunakan teknik Ar-Rahnu bagi menjana keuntungan
maka anda perlu membeli emas fizikal yang tidak dilaminate contohnya
UOB gold coin, Syiling Kijang Emas dan emas Public Gold dan Public Dinar.
Kesimpulannya.
First sekali, tahniah saya ucapkan kepada Kuwait Finance House kerana menawarkan KFH Gold Account-i yang mematuhi kehendak syariah. Ia sedikit sebanyak memberikan alternatif kepada rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan emas.
Pelancaran produk KFH Gold Account-i ini telah memberikan gambaran yang jelas bahawa trend melabur di dalam emas telah mendapat perhatian institusi perbankan.
Bagi mereka ingin melihat perkembangan harga emas, anda boleh nampak dengan jelas trend kenaikan harga emas sejak 5 tahun kebelakangan ini menjangkau 258%.
Ini menyebabkan sebahagian daripada bank-bank tempatan dan bank asing di Malaysia bertindak menawarkan peluang membuat pelaburan emas samada melalui emas fizikal ataupun akaun simpanan pelaburan emas.
Friday, May 7, 2010
EURO LEMAH,EMAS MENINGKAT
Bahkan menurut pelabur terkemuka Jim Rogers dalam siaran TV CNBC minggu lalu menyatakan bahwa usia Euro paling-paling hanya boleh bertahan sekitar 15 tahun lagi dari sekarang.
Jadi kalau dihitung sejak kelahirannya & digunakan dengan rasmi sebagai matawang sejak 1 Januari 1999, dan jika jangkaan Jim Rogers benar, bererti usia matawang Euro secara keseluruhan tidak akan lebih dari 30 tahun saja.Diluar jangkaan Jim Rogers tersebut, sebenarnya kita bisa melihat masa depan Euro ini secara lebih jelas bila kita gunakan timbangan emas.
Sejak kelahirannya 11 tahun lalu itu, sampai sekarang nilai matawang Euro terhadap emas tinggal 30% saja. Bila trend menurun ini berlanjutan, maka 15 tahun yang akan datang status daya beli matawang Euro terhadap emas akan tinggal purata 5 % dibandingkan dengan niai ketika kelahirannya.
Matawang Euro yang kononnya diharapkan menjadi matawang moden yang hebat dan perkasa, ternyata kini memiliki masa depan yang sama suramnya dengan berbagai mata wang kertas lain di dunia. Lantas..........pelajaran apa yang mestinya dapat kita beri pehatian dari sistem wang kertas yang lahir di era teknologi ini ? (Courtesy: Dinar-Emas.com)
Kesimpulan:
1. Wang fiat@ fiat money akan mengalami kegagalan sistem, susut nilai, inflasi.
2. Wang fiat diasaskan oleh sistem kapitalis yang sentiasa menindas matawang lain.
3. Wang fiat mudah dispekulasi oleh orang2 yang tamak/penyangak matawang.
4. Dinar Emas musuh kepada sistem wang fiat dan kapitalis.
Jadi, apa tunggu lagi..."Save in Gold, before its too late: Prof. Dr Umar Vadillo"
Harga Emas Tetap Akan Naik
Pada bulan Mac 2008, emas mencapai harga sebanyak US$1,000 / auns buat masa pertama kali dalam sejarah. Dalam hanya dua setengah bulan yang pertama pada tahun 2008, emas telah meningkat sebanyak 23%. Pada masa yang sama, bursa-bursa saham di seluruh dunia telah mengalami kerugian diantara 10% hingga 35%.
Harga emas biasanya dijanka menaik semasa ekonomi mengalami kemelesetan. Jika emas dibeli pada bulan Januari 2001, maka emas itu akan meningkat sebanyak 274% pada bulan Mac 2008.
Peningkatan harga emas
2010: harga emas dijangka RM4,160 satu aun
KUALA LUMPUR 30 April - Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd. (KFHMB) yang menyediakan produk emas melalui KFH Gold Account-i, optimis bahawa harga emas akan meningkat sehingga AS$1,300 (RM4,160) satu aun pada tahun ini.
Ramalan itu dilakukan oleh penasihat barangan logam dunia, GFMS Ltd.
Pengerusi KFHMB, Shaheen Al-Ghanem berkata, para pelabur yang membeli dan memiliki emas dijangka memperoleh faedah daripadanya sebagai simpanan jangka panjang.
Malah, katanya, sambutan memberangsangkan ditunjukkan oleh para pelanggan KFHMB dengan membeli emas di bawah akaun KFH Gold Account-i sejak ia diperkenalkan Februari lalu.
''Ia merupakan bukti bahawa emas berupakan bahan logam berharga yang sentiasa mendapat permintaan tinggi,'' katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis pelancaran KFH Gold Account-i di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif KFHMB, Jamelah Jamaluddin, Ketua Peruncitan dan Perbankan Penggunanya, Attar Salleh dan Ketua Bahagian Perbendaharaan dan Perniagaan Antarabangsa KFHMB, Mohamed Iqbal Jr.
Sementara itu, Shaheen menambah, produk emas yang diperkenalkan pihaknya menunjukkan komitmen bank untuk membangunkan lebih banyak penyelesaian kewangan Islam berinovatif untuk para pelanggan.
Sejak KFHMB memulakan operasi pada 8 Ogos 2005, katanya, bank tersebut telah menawarkan 85 produk yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia, semuanya berlandaskan konsep pematuhan syariah.
Selain itu, jelas Shaheen lagi, bahagian perbendaharaan KFHMB telah memajukan perniagaan dagangan emas untuk bank sejak 2007.
Katanya, pasukan di bahagian itu kini telah menikmati hasilnya setelah mengambil masa selama tiga tahun melakukan penyelidikan, mempertimbangkan dan kelulusan produk emas tersebut.
''Bahagian perbendaharaan KFHMB turut mengambil maklumat dan panduan daripada salah sebuah syarikat dalam Kumpulan, Kuveyt Turk Participation Bank yang mempunyai pengalaman luas dalam urusan perniagaan emas,'' ujarnya.
Manfaatkan Untung Emas Tahunan Sepertimana Dividen ASB
ok, cerita blog kali ni adalah tentang Rahsia Nak Manfaatkan Untung Emas Tahunan Sepertimana Dividen ASB...kita mesti selalu tertanya-tanya..kalau ASB, bila cukup tahun je..mesti dpt dividen..then bleh la enjoy dengan duit dividen tu, tukar sport rim keta ke beli baju baru ke motor baru ke..kan?tapi..kalau emas camne pulak?hishhh..pening..pening...camne ek??
Haaa...disebabkan kekusutan ini lah..maka terjawab la dengan petikan yang saya ambil dari akak saya..hehe..akak nurul ismail..jom kita tengok..camne dia selesaikan masalah/kekusutan yang melanda..yuk!!
sama je...lagipun..kan ke bagus kalau bayar zakat..ZAKAT MEMBAWA BERKAT..
Rasailah kehangatan dan aura EMAS...
Sekian dulu, Assalamualaikum...
Thursday, May 6, 2010
Pelaburan yg Bijak
Macam Mana Kita Nak Mulakan ?
Mulalah dengan membeli Emas setiap bulan (Menabung)....Selepas 6 bulan, nilaikan Emas tersebut dengan harga semasa untung ka tidak ...tu jeee...compare laa dengan ASB/Mutual Fund/FD/lain-lain Investment.
Terimakasih Kerana sudi meluangkan sedikit masa di blog Saya ni..memang banyak info yang menarik di sini relate to Emas. Lapangkanlah sedikit masa di blog ini.
Yang Pasti !!!! Anda salah seorang yang bertuah
Ilmu Emas ini amat jarang sekali diperbincangkan di luar sana ...Anda tak akan tahu!!! jika Anda tidak mahu ambil tahu dan Saya pasti Anda tak akan rugi sekiranya anda ambil tahu. ...
Tipu daya wang kertas dan sistem riba boleh memusnahkan nilai harta kita. Marilah kita bersama menceburi bidang pelaburan emas dan pasti akan beroleh keuntungan daripada apa yang anda laburkan kerana pelaburan ini bukan sekadar mengejar kekayaan dunia malah boleh manfaatkan kepada insan yang memerlukan...Dunia dan Akhirat.
Ceburilah Industri Emas Malaysia...Selamat Maju Jaya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Menyimpan Emas Tetap Menguntungkan Anda.
Peranan emas ketika negara aman dan makmur.
Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan:
1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin
Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah Asset penyelamat harta Kita?
Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.
Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah - kertas! tak ada nilai.
Peranan emas ketika harga emas menurun
Pada kebiasaannya harga emas turun disebabkan beberapa faktor. Ia merupakan fonomena biasa dan bersifat sementara dan akan kembali melonjak ke aras sepatutnya dengan cepat kerana nilai dan permintaan semasa yang amat tinggi. Sekiranya harga menurun maka peluang pelabur mendapatkan keuntungan adalah berlipat ganda berbanding kenaikan secara berterusan. Permintaan dan nilai logam ini telah pun terbukti sejak beribu tahun dulu lagi.
Sunday, May 2, 2010
ketulenan Emas dan Perak
APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
( c ) 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.
STANDARD KETULENAN PERAK
( a ) 958.4 ( b ) 925 ( c ) 830 ( d ) 800
STANDARD KETULENAN PLATINUM
( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.
CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN 24 CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000
Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000
TAKRIF KETULENAN
Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ). Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum.
PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )
Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandunganlogam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji.
STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN
Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan. Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.
PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaanBarang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambing pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.
PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )
Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.
PENGECUALIAN DARI PENANDAAN
Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.
PENGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI
Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.